Thursday 5 June 2014

Oreo cheese cake tanpa bakar :)

Sekarang ni malas dah nak bakar bakar tunggu lama. Kalau boleh da siap nak makan terus kan? HAHAHA. Saya harap bukan saya sorang mcm tu. Okay now let straight to the ingredients.

Bahan bahan:
  • Biskut Oreo (2 pcs yang panjang tu) 
  • Butter (80gm, agak-agak rata kesemua biskut ok la tu)
  • 250g cream cheese
  • 200ml whipping cream
  • 1 cawan gula castor (agak-agak dan sila rasa)
  • 1 tsp perisa vanila
  • Yogurt / full cream milk / susu segar (optional = tak perlu pun xpe)
  • Gelatin masakan jenama halagel (optional = tak perlu pun xpe)
          Cara caranya: 
       
          1) Base  
  • Masukkan biskut ke dalam plastik, tumbuk dan hancurkan sehingga menjadi crumbs
  • Gaulkan crumbs bersama butter yang telah dicairkan
  • Agak-agak biskut dah boleh kepal, mampatkan ke dalam bekas
  • Masuk bekas tersebut ke dalam peti selama 20 - 30 minit
          2) Filling 
  • putarkan cream cheese dan gula sehingga kembang
  • masukkan whipping cream, yogurt/susu segar, esen vanilla
  • masukkan gelatin yang telah dicairkan
  • apabila semua dah kembang, masukkan crumbs oreo.
After that...
  • kemudian, tuangkan fillings ke atas base. (hentak sikit bekas bagi mampat, perlahan ye)
  • hias dengan oreo ke, kisses, hirisan coklat
  • biarkan ke dalam peti ais selama 4-6 jam / overnight  
          Notes for gelatin 
  • berfungsi sebagai agen pemekat 
  • gelatin dalam masakan adalah untuk mengenyalkan dan mengentalkan cake
  • caranya : cairkan serbuk gelatin menggunakan air panas
  • contoh : 2 sudu serbuk gelatin larutkan ke dalam suku cawan cawan air panas


Hello and welcome to my blog , don't forget to comment ya . U're guys rock !